Pengikut

Isnin, 10 Oktober 2011

Muzik dan pergerakan

Muzik adalah satu aspek yang sangat penting dan berkesan dalam emosi ,sosial, fizikal dan kognitif kanak- kanak. Pengalaman awal muzik dalam perkembangan kanak - kanak adalah satu peringkat yang sangat penting kerana boleh membantu kanak- kanak dari segi pembinaan, penukaran dan perkembangan konsep. Pada tahap ini kanak- kanak mengalami perkembangan dalam persepsi multisensori, pengawalan motor, kemahiran menyelesaikan masalah,mencipta dan kemahiran menyoal.Muzik sering menjadi elemen yang memberi keseronokan dan alat untuk meluahkan perasaan bagi kanak-kanak. Justeru itu ,dalam topik ini kita akan membincangkan teori-teori perkembangan muzik serta maksud kecerdasan muzik.

Tiada ulasan: